MENGARANG DENGAN ILHAM

Melihat, mengalami, merasakan dan membaca.
Menjadi SASTRAWAN

Selasa, 15 Mei 2012

KATA GANTI NAMA ORANG KETIGA


2.1 Kata Ganti Nama Diri Orang Ketiga
Kata benda yang menyatakan orang sering kali diganti kedudukannya di dalam pertuturan dengan sejenis kata yang lazim disebut kata ganti.
Ganti nama diri ketiga merujuk kepada orang yang dicakapkan seperti dia, beliau, mereka, ia, dan –nya. Perkataan dia, ia, beliau, dan akhiran –nya merupakan ganti nama orang ketiga tunggal, manakala mereka adalah ganti nama orang ketiga jamak. Dia merupakan kata ganti nama yang digunakan untuk merujuk kepada orang yang dicakapkan. Kata ganti nama ini digunakan untuk diri ketiga yang umum, seperti kawan karib, orang yang lebih muda, atau orang yang lebih rendah statusnya.
 Misalnya, Afiq adik saya. Dia degil., dan Ahmad anak Pak Saleh. Dia baru saja menamatkan pengajiannya.
Ganti nama ia merupakan singkatan daripada kata dia. Kata ganti nama ini boleh bersilih ganti dengan dia tetapi kata ia tidak digunakan dalam lisan. Kata ia hanya digunakan dalam tulisan tidak seprti dia yang boleh digunakan dalam kedua-dua bentuk. Misalnya, Ia/Dia baik sekali. Dalam tulisan, kata ia tidak boleh berada di akhir ayat, tetapi di awal ayat saja. Kata dia hanya boleh berada di belakang ayat.
Contohnya, Saya harus mengajak dia diterima sebagai ayat gramatis, berbanding dengan Saya harus mengajak ia. Kata ia tidak boleh digunakan untuk manusia atau merujuk kepada sesuatu benda yang telah diperkatakan sebelumnya, sama ada dalam bentuk tulisan mahupun lisan dan tidak diterima dalam bahasa baku. Kata ia hanya boleh digunakan sebagai kata ganti nama orang. Selain itu, bentuk ianya sering dijumpai dalam penulisan dan ianya bukanlah ganti nama yang baku kerana ia dan nya merupakan dua ganti nama yang tersendiri. Kata ianya merujuk kepada kata nama abstrak dan bentuk tersebut mula muncul dalam tahun 1960-an ( Asmah Hj Omar, 1982: 69).
Ganti nama beliau digunakan untuk rujukan orang yang dihormati dan digunakan dalam konteks resmi. Kata beliau menunjukkan ciri hormat dan digunakan oleh yang lebih muda dan yang bertaraf lebih rendah kepada orang yang berstatus tinggi
. Misalnya, Beliau guru saya., Beliau Perdana Menteri. Beliau tidak boleh digunakan  pada orang yang tidak dihormati.. Misalnya, penjenayah itu dibicarakan dan beliau dijatuhi hukuman mati. Kata beliau tidak boleh digunakan dalam ayat tersebut kerana penjenayah bukan orang yang dihormati dan perlu diganti dengan ia atau dia seperti penjenayah itu dibicarakan dan ia/dia dijatuhi hukuman mati
Mereka merupakan kata ganti nama ketiga jamak dan digunakan hanya untuk manusia. Contohnya, “Murid-murid itu kehujanan. Mereka terpaksa meredah hujan kerana terlewat ke sekolah.” Dalam bahasa Melayu, ganti nama mereka tidak boleh digunakan untuk merujuk kepada benda atau konsep jumlah yang banyak. Hal ini berbeza dengan bahasa Inggeris. Dalam bahasa Inggeris, mereka (they) boleh digunakan untuk merujuk benda dan konsep. Selain itu, dalam bahasa Inggeris, mereka juga boleh merujuk kepada binatang tidak seperti dalam bahasa Melayu mereka hanya digunakn untuk manusia. Kata mereka juga tidak boleh digandakan menjadi mereka-mereka kerana mereka sudah membawa pengertian jamak. Nya boleh berfungsi menggantikan ganti nama diri dia atau ia dan diletakkan dikahir kata seolah-olah menjadi akhiran. Misalnya, Buku itu dibaca olehnya. Selain itu, nya juga boleh berfungsi sebagai pemilik, Rumahnya besar dan menunujukkan objek, keretanya itu rosak pada pagi tadi.
Kata ganti mendiang, almarhum dan almarhumah untuk menyatakan diri orang ketiga  atau orang yang dibicarakan, digunakan terhadap orang yang sudah meninggal. Mendiang dapat digunakan untuk laki-laki maupun perempuan, almarhum untuk laki-laki saja dan almarhumah untuk perempuan saja.
Contoh :  - Kakek sudah lama wafat. Saya selalu ingat pesan mendiang sebelum      meninggal. (mendiang =  kakek).
- Mohammad Gobel telah tiada. Almarhum terkenal sebagai seorang pengusaha     nasional yang selalu giat bekerja. (Almarhum = Mohammad Gobel).
- Ibu Wati  telah lama meninggalkan kita. Jasa-jasa almarhumah dalam   mendidik kita besar sekali. (almarhuhmah = Ibu Wati)


2.1 Kata Ganti diri ketiga

Kata ganti diri ketiga ialah bagi merujuk kepada orang ketiga,kata-kata seperti
mereka, beliau, baginda.

Kata ganti diri ketiga boleh dipecahkan kepada dua bentuk.

Bentuk
Contoh kata ganti diri ketiga
Tunggal          
ia, dia, beliau, baginda
Jamak
mereka
Kata Ganti Diri Ketiga
Penggunaannya
Baginda (tunggal)
digunakan untuk raja dan sultan
Beliau (tunggal
digunakan untuk orang yang kita hormati, misalnya
ibu bapa, guru, dan pemimpin
Dia dan ia (tunggal)
digunakan untuk orang yang umum seperti orang biasa dan rakan
Mereka (jamak)
digunakan untuk orang yang bilangannya lebih daripada seorang


Contoh ayat yang menggunakan kata ganti diri ketiga.
1. Dia pegawai pendidikan
2. Mereka itu orang India.
3. Beliau banyak membantu penduduk di situ.
4. Ia diburu oleh pihak polis.
5. Baginda sedang bertitah di atas singgahsana.
6. Dia menolong bapanya.
7 "Sekiranya dada halangan, ……. akan berangkat esok pagi ,” kepada bendahara.
8 "Sertailah peraduan ini. berpeluang memenangi pelbagai hadiah yang lumayan," kata       pengacara itu.
9 Wakil rakyat akan merasmikan mesyuarat itu 2 jam lagi.
10 " Tunggu di sini. Biar kusiasat perkara itu dahulu," kata Bagok kepada pengikut-pengikutnya.

















Tidak ada komentar:

Posting Komentar